izzuddinmohd.blogspot.com

berkongsi kerana cakna


“Adusss…. Exam dah dekat dah ni. Banyak lagi yang tak study ni. Arghhhh… Tensionnya.”

Setiap kali peperiksaan menjelang tiba, lirik sebeginilah yang sering didendangkan oleh penulis dan rakan-rakan sekuliah yang lain. Berulang-ulang kali didendang walau sudah banyak kali peperiksaan dihadapi. Seolah-olah mendengar rakaman suara kaset yang dipasang berulang-ulang kali.

Pada masa-masa sebeginilah, rasa menyesal dan insaf mula hadir. Menyesal kerana banyak masa yang disia-siakan sebelum ini. Insaf kerana tidak memanfaatkan masa lapang yang tersedia dengan sebaik-baiknya. Harapan tinggi berharap agar masa dapat diputarkan kembali ke belakang, namun apakan daya, segalanya sudah terlambat. Yang tinggal hanyalah tekanan yang memuncak, dan kebimbangan yang menggemuruhkan.

Namun, biasanya yang berlaku, rasa menyesal dan insaf ini tidak kekal lama. Usai sahaja peperiksaan, tiada lagi motivasi untuk belajar. Tiada lagi keinginan untuk memanfaatkan masa lapang dengan sebaik-baiknya. Ini lumrah. Lumrah kerana manusia sering lupa. Hasilnya, lirik yang sama akan didendangkan kembali apabila peperiksaan sekali lagi mula menampakkan dirinya.

Ya Allah, kuatkan semangat kami. Lapangkan hati kami. Kurniakan rahmat-Mu kepada kami dan mudahkanlah kami untuk menghapai ujian untuk kali ini.

Ya Allah, ya Tuhan kami. Kurniakanlah kepada kami ilmu-ilmu Engkau yang telah kami pelajari, pada waktu-waktu yang kami kehendaki. Ilhamkanlah kepada kami ketika kami mengingininya. Sesungguhnya Engkaulah yang menguasai segala ilmu, yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki.

3 comments:

uwah2... juding dh memulakan blog sendiri. adakah ini satu tazkirah atau kata2 hati? hehe

dah abeh dah exam tu..hehe.

Dibius dibius la plak judin skrg ni...
dah abes dibius exam jgn dibius cinta plak judin!
hahaha

Post a Comment