izzuddinmohd.blogspot.com

berkongsi kerana cakna


Alhamdullillah. Segala puji hanya untuk-Nya. Baru tadi, selesai separuh masa pertama untuk peperiksaan akhir semester II 2008/2009. Kertas terakhir, MCQ untuk tiga subjek teras. Penulis tidak mahu bercerita panjang tentang ujian yang dilalui setakat ini. Pujangga ada berpesan, “Perkara yang lepas usah diratapi, biarkan sahaja menjadi pengajaran, tidakpun menjadi kenangan.” Segala usaha telah diberikan, segala upaya telah dicurahkan. Biarkanlah masa dan keadaan sahaja yang menentukan. Tawakal kepada Allah, Dia yang merencanakan segalanya. ‘Perjuangan’ untuk separuh masa kedua harus diteruskan.

Keletihan yang membahagiakan

“Aduh, banyaknya nak kena baca! Letih ah macam ni.” Rungutan biasa yang selalu penulis ungkapkan dikala musim peperiksaan.

Memang, belajar itu meletihkan. Belajar itu memenatkan. Banyak menggunakan tenaga. Kurang masa untuk berehat. Sedikit masa untuk tidur. Seluruh badan terasa ‘berat’ untuk bergerak. Otak terasa ‘sarat’ dengan beban. Sampai ke satu tahap, rasa malas mula datang menjenguk, rasa putus asa mula menghinggap di fikiran. Akhirnya, tewas.

Tetapi, hakikat yang pasti, keletihan itulah yang sebenarnya memberikan kepuasan, memberikan kebahagiaan. Lebih manis jika segala keletihan yang dilalui menghasilkan sebuah kejayaan. Biarpun tanpa kejayaan, memadai dengan berasa senang dan tenang kerana selesai mengharungi segala kepayahan.

Bak kata Imam asy-Syafi’ie,
“Berpenat-lelahlah, kerana kesenangan itu selepas kepayahan. Janganlah berdukacita dengan hidup yang meletihkan, kerana sebab demikianlah hidup itu diciptakan.”

Teruskan berusaha!

Hidup inikan singkat, manfaatkan sebaiknya.

“Life is short. Value it!”


*gambar diambil daripada www.testi.iluvislam.com

1 comments:

Benar...kemanisan madu kejayaan setelah penat memerah keringat begitu sukar diungkapkan melalui butiran kata.

Hidup ini sementara...jika tidak dimanfaatkan kita juga yang rugi sendiri.

Kekadang, bila tengok ramai adik-adik yang hebat-hebat, rasa terpukul kerana tidak memanfaatkan masa sepertimana mereka. Btw, it is never too late too mend.

Post a Comment